Kedominanan dan penyerahan Tingkah_laku_anjing

Anjing yang disosialkan dengan betul boleh berinteraksi dengan anjing yang tidak dikenali tanpa mengira saiz dan bentuk dan memahami cara untuk berkomunikasi.

Sesetengah mempercayai bahawa anjing mendirikan tatatingkat kedominanan melalui permainan langsang dan penggasakan di sepanjang keselanjaran kedominanan dan penyerahan,[13] sungguhpun konsep tatatingkat sosial pada anjing tidak dibuktikan dan dipertikaikan. Pensosialan anak anjing yang berjaya melibatkan penyertaan dengan rakan seperinduk dalam pembelajaran untuk berbaik dengan anjing lain. Anjing belajar untuk berbaik dengan anjing lain dengan berjaya dengan menjaga perdamaian, daripada sentiasa bergaduh untuk mendirikan tatatingkat ini semula.

Tingkah laku kedominanan

Sungguhpun anjing biasanya bercirikan istilah kedominanannya (contohnya, "Fido ialah si alfa."), kestabilan kedominanan sebagai ciri keperibadian stabil kekal dipertikaikan.

Dalam kawanan serigala liar, paparan kedominanan telah diperhatikan untuk menyertakan "jilatan", yang melibatkan perayuan permintaan makanan pada dasarnya; "penghimpitan", yang melibatkan anjing dominan kelihatan mengancam yang lain, yang menunjukkan penyerahan dengan bergolek; "berdiri ke tepi"; penandaan wilayah; dan ekspresi badan lebih pasif yang termasuk menegakkan ekor dan telinga, terus merenung anjing lain, mengelilingi dan membaui anjing lain, dan menggeram sekiranya anjing lain bergerak.

Penyerahan memaparkan paparan dominan cermin dan termasuk pengambilan gaya sebegitu yang secara fizikal lebih rendah daripada anjing lain, seperti mendekan, bergolek di atas belakang dan mendedahkan abdomen, merendahkan ekor (kadang-kadang sehingga memasukkannya ke antara dua belah kaki), meratakan telinga, berpaling daripada renungan, gugup menjilat atau menelan, penitisan air kencing, dan membeku atau berlari apabila menghadapi anjing lain.

Pada serigala, penyelidikan baru-baru ini menyatakan bahawa tingkah laku dominan telah disalahtafsirkan sebagai ciri keperibadian yang menentukan kedudukan individu dalam tatatingkat linear dalam kawanan. Sebaliknya, Mech (lihat penyelidikan baru-baru ini, di atas) mempertikaikan bahawa kawanan ialah satuan keluarga, dan bahawa "alfa" kawanan tidak berubah melalui pergelutan untuk kedominanan. Dia mempertikaikan bahawa satuan keluarga adalah untuk membesarkan anak, yang kemudian memencar untuk berpasangan dengan serigala lain yang memencar untuk membentuk pasangan pembiakbakaan dan kawanan sendiri. Model ini menjejaskan pengkonsepan kedominanan yang popular dalam tingkah laku sosial serigala.

Penyelidikan anjing bela jinak juga telah menanyakan sama ada kedominanan ialah ciri peribadi. Svartberg dan rakan sekerja (2002) mengumpulkan data tingkah laku daripada 15,000 ekor anjing daripada 164 baka dalam percubaan untuk mengenal pasti ciri peribadi utama. Dalam pendekatan serupa dengan yang digunakan pada manusia, pengarang mempersembahkan analisis faktor data mereka, dan mengenal pasti lima ciri utama: "sifat suka bermain", "ingin tahu/ketidaktakutan", "mudah mengejar", "suka bergaul" dan "kelangsangan". Analisis serupa oleh Goddard dan Beilharz (1985) mendedahkan dua faktor utama dalam tingkah laku sosial: "keyakinan", dan "kelangsangan–kedominanan".

Kajian ini mencadangkan bahawa kedominanan mungkin bukan ciri peribadi sahaja tetapi sebaliknya merupakan epifenomena yang terdiri daripada ciri keperibadian tersembunyi seperti kelangsangan, keyakinan, dan keingintahuan.

Rujukan

WikiPedia: Tingkah_laku_anjing http://www.appliedanimalbehaviour.com/article/S016... http://www.care2.com/greenliving/the-dog-hero-a-tr... http://dsc.discovery.com/news/2009/03/24/dog-tail-... http://www.dogbitelaw.com/PAGES/statistics.html http://www.dogstardaily.com/training/home-alone http://books.google.com/books?id=9k11of3lHJUC&pg=P... http://books.google.com/books?id=XY3TAQAAQBAJ&pg=P... http://ngm.nationalgeographic.com/print/2008/03/an... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://fwcb.cfans.umn.edu/courses/fw8576/SocialDyn...